TERMA PERSETUJUAN IBU BAPA BERSAMA TADIKA KHALIFAH BUDIMAN | LAFH PROGRAM
Dengan ini, ibu bapa bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Anak-anak berada di bawah tanggungjawab ibu bapa.
- Ibu bapa WAJIB memastikan anak sihat dan bebas dari sebarang gejala seperti selesema, batuk, demam dan lain-lain. Sebarang simptom penyakit tidak dibenarkan hadir.
- SOP keselamatan penyakit berjangkit perlu dipatuhi. Ibu bapa perlu menyediakan pelitup muka & hand sanitizer secukupnya untuk anak masing-masing.
- Ibu bapa perlu menyediakan sebarang alatan atau keperluan anak sendiri.
- Pihak Host akan menyediakan pengimbas suhu badan.
- Ibu bapa perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Tadika Khalifah Budiman dan juga KKM.
- Ibu bapa perlulah menepati masa kelas bagi memastikannya berjalan dengan lancar dan tiada keciciran pelajaran.
- Ibu bapa perlulah memaklumkan kepada pihak Tadika Khalifah Budiman jika terdapat kekangan atau masalah kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
- Bagi pakej yang Virtual & Smart, ibu bapa perlu memastikan sambungan internet kuat supaya tiada sebarang gangguan ketika kelas berlangsung.
- Ibu bapa tidak dibenarkan untuk meminda jadual di saat akhir jika telah memilih masa yang ditetapkan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang lain.
- Tadika Khalifah Budiman tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan & kerosakan barang-barang milik anak dan ibu bapa.
- Sebarang kerosakan barang adalah di bawah tanggungjawab si pelaku.
- Ibu bapa dan Pengajar perlu memastikan program berjalan secara kondusif terutama pada ketepatan & pengurusan masa, keselesaan dan keselamatan semua pihak.
- Semua pihak perlu menghormati satu sama lain yang melibatkan Host atau Guest.
- Pihak TKB berfungsi sebagai penyedia tenaga pengajar; akan membantu menyusun jadual Guest and Host dan berhak membatalkan jika terdapat sebarang pelanggaran pada mana-mana terma.
- Pihak TKB tidak mempunyai apa-apa hak pada tempat Host dan sebarang liabiliti adalah dibawah tanggungjawab Host.
- Rekod kehadiran, keselamatan dan pembelajaran perlu diisi setiap hari dan ditandatangan oleh Host bagi setiap sesi.
- Ibubapa tidak dibenarkan mengambil anak lewat bagi setiap sesi dan tiada overtime bagi program ini.
- Sebarang kos tambahan yang melibatkan kelalaian, keselamatan atau kelewatan adalah dibawah pihak yang terlibat.
- Semua komunikasi berkaitan maklumbalas atau aduan sila rujuk principal cawangan terdekat dibawah TKB Pengurus Projek LAFHL.
- Segala proses komunikasi bagi perjalanan program ini hanya akan dibuat dengan pihak Ibu sahaja.
- Setiap Host perlu pastikan rumah/lokasi pembelajaran tidak terdapat lelaki sepanjang sesi berjalan melainkan ada wanita dewasa isi rumah yang memastikan keselamatan semua.
- Tenaga pengajar tidak dibenarkan masuk ke lokasi Host jika terdapat lelaki atau akan memberhentikan pembelajaran dan pulang secara serta merta
- Host yang tidak menepati syarat (terutama dari aspek keselamatan) akan dibatalkan dan wang tidak akan dikembalikan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh rujuk terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh LAFH.