fbpx
+6010-207 9485 | +603-5131 4978 lafh@jomdaftartadika.com

SURAT PERSETUJUAN IBU BAPA BERSAMA TADIKA KHALIFAH BUDIMAN

Dengan ini, ibu bapa bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Anak-anak berada di bawah tanggungjawab ibu bapa.
  2. Ibu bapa WAJIB memastikan anak sihat dan bebas dari sebarang gejala seperti selesema, batuk, demam dan lain-lain. Sebarang simptom penyakit tidak dibenarkan hadir.
  3. SOP keselamatan penyakit berjangkit perlu dipatuhi. Ibu bapa perlu menyediakan pelitup muka & hand sanitizer secukupnya untuk anak masing-masing.
  4. Ibu bapa perlu menyediakan sebarang alatan atau keperluan anak sendiri.
  5. Pihak Host akan menyediakan pengimbas suhu badan.
  6. Ibu bapa perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Tadika Khalifah Budiman dan juga KKM.
  7. Ibu bapa perlulah menepati masa kelas bagi memastikannya berjalan dengan lancar dan tiada keciciran pelajaran.
  8. Ibu bapa perlulah memaklumkan kepada pihak Tadika Khalifah Budiman jika terdapat kekangan atau masalah kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
  9. Bagi pakej yang Virtual & Smart, ibu bapa perlu memastikan sambungan internet kuat supaya tiada sebarang gangguan ketika kelas berlangsung.
  10. Ibu bapa tidak dibenarkan untuk meminda jadual di saat akhir jika telah memilih masa yang ditetapkan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang lain.
  11. Tadika Khalifah Budiman tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan & kerosakan barang-barang milik anak dan ibu bapa.
  12. Sebarang kerosakan barang adalah di bawah tanggungjawab si pelaku.
  13. Ibu bapa dan Pengajar perlu memastikan program berjalan secara kondusif terutama pada ketepatan & pengurusan masa, keselesaan dan keselamatan semua pihak.
  14. Semua pihak perlu menghormati satu sama lain yang melibatkan Host atau Guest.
  15. Pihak TKB berfungsi sebagai penyedia tenaga pengajar; akan membantu menyusun jadual Guest and Host dan berhak membatalkan jika terdapat sebarang pelanggaran pada mana-mana terma.
  16. Pihak TKB tidak mempunyai apa-apa hak pada tempat Host dan sebarang liabiliti adalah dibawah tanggungjawab Host.
  17. Rekod kehadiran, keselamatan dan pembelajaran perlu diisi setiap hari dan ditandatangan oleh Host bagi setiap sesi.
  18. Ibubapa tidak dibenarkan mengambil anak lewat bagi setiap sesi dan tiada overtime bagi program ini.
  19. Sebarang kos tambahan yang melibatkan kelalaian, keselamatan atau kelewatan adalah dibawah pihak yang terlibat.
  20. Semua komunikasi berkaitan maklumbalas atau aduan sila rujuk principal cawangan terdekat dibawah TKB Pengurus Projek LAFHL.
  21. Segala proses komunikasi bagi perjalanan program ini hanya akan dibuat dengan pihak Ibu sahaja.
  22. Setiap Host perlu pastikan rumah/lokasi pembelajaran tidak terdapat lelaki sepanjang sesi berjalan melainkan ada wanita dewasa isi rumah yang memastikan keselamatan semua.
  23. Tenaga pengajar tidak dibenarkan masuk ke lokasi Host jika terdapat lelaki atau akan memberhentikan pembelajaran dan pulang secara serta merta
  24. Host yang tidak menepati syarat (terutama dari aspek keselamatan) akan dibatalkan dan wang tidak akan dikembalikan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh rujuk terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh LAFH.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!