Terima kasih kerana menyertai Program LAFH sebagai Guest.
SURAT PERJANJIAN TADIKA KHALIFAH BUDIMAN DAN HOST DENGAN GUEST
Dengan ini, guest bersetuju dengan Tadika Khalifah Budiman dan Host untuk mematuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Guest hendaklah memastikan anak dalam keadaan sihat ketika menghadiri kelas:
- Suhu anak tidak lebih dari 37.5 darjah celcius
- Tidak mempunyai sebarang gejala seperti selsema, demam, batuk & gejala yang lain
- Guest hendaklah menyediakan segala keperluan anak sepanjang pembelajaran:
- Buku yang diperlukan
- Alat tulis yang lengkap
- Makanan & minuman
- Keperluan kebersihan diri secukupnya
- Anak perlu memakai pelitup muka dengan betul dan sesuai.
- Sebarang kerosakan yang berlaku adalah dibawah tanggungjawab si pelaku.
- Guest bertanggungjawab untuk menghantar anak tepat pada waktu kelas bermula.
- Tiada penjagaan anak melebihi waktu pembelajaran, guest perlu memastikan anak dijemput selepas waktu kelas berakhir. (caj ‘late pick up’ akan dikenakan seperti caj di tadika).
- Tiada kelas ganti bagi guest yang gagal menghantar anak pada hari yang ditetapkan.
- Guest berjanji akan memberikan komitmen menjadi guest sehingga tamat persekolahan tahun 2021.
- Jika Guest berniat untuk memberhentikan anak, notis selama 3 bulan wajib diberikan kecuali Guest berjaya mendapatkan pengganti dalam masa kurang dari 3 bulan.